larangan untuk muslimah
1. Bulu kening
Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang
mencukur atau menipiskan
bulu kening atau meminta supaya dicukurkan
bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi
Fathil Bari.
2. Kaki (tumit
kaki)
''Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau
mengangkatnya) agar
diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan."
An-Nur: 31.
Keterangan: Menampakkan
kaki dan
menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.
3.
Wangian
"Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian
melewati suatu kaum lelaki
supaya mereka itu mencium baunya, maka
wanita itu telah dianggap melakukan zina
dan tiap-tiap mata ada
zina." Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada
"Hendaklah
mereka (perempuan) melabuhkan kain kerudung hingga menutupi dada-dada
mereka.
"An-Nur : 31
5. Gigi
"Rasullulah melaknat perempuan yang
mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan
giginya. "Riwayat
At-Thabrani,
"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya
supaya
menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan
Muslim.
6. Muka dan leher
"Dan tinggallah kamu (perempuan) di
rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan
perhiasan mu seperti orang
jahilliah yang dahulu."
Keterangan: Bersolek (make-up)
dan
menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan kerudung yang menampakkan
leher
seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan
"Asma
Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang
tipis.
Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang
telah haid tidak
boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali
pergelangan tangan dan wajah
saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.
8.
Tangan
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik
daripada menyentuh
kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya".
Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata
"Dan katakanlah
kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian
dari
pemandangannya." An Nur : 31.
Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai
pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh
pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat
Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara)
"Janganlah
perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga
berkeinginan
orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah
perkataan-perkataan
yang baik." Al Ahzab: 32.
Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat
ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala
mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan,
maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.
11.
Kehormatan
''Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin,
hendaklah mereka menundukkan
pandangan mereka dan menjaga kehormatan
mereka. " An Nur : 31.
"Apabila seorang perempuan itu sholat lima
waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga
kehormatannya dan mentaati
suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada
pintu-pintu yang
ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar.
"Tiada seorang perempuan pun
yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah
membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud
dan Ibn Majah.
12. Pakaian
"Barangsiapa memakai pakaian yang
berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan
pakaian kehinaan di hari
akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan
Ibn Majah.
"Sesungguhnya
sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian
tapi
telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk
melakukan
maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan
mencium baunya." Riwayat
Bukhari dan Muslim.
Keterangan:
Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/membentuk dan
berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu."Hai nabi-nabi katakanlah
kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang
mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar)
yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka
tidak diganggu.
Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab :
59.
13. Rambut
"Wahai anakku Fatimah! Adapun
perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya
hingga mendidih
otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup
rambutnya
daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan
Muslim.